Berita Utama

Amaran hujan peringat kuning di Sarawak ditamatkan

Cuaca bertambah baik, tiada potensi hujan berterusan

BANGI, 14 Syaaban 1444H, Selasa – Amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dikeluarkan pada Isnin membabitkan negeri Sarawak ditamatkan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, penamatan itu berdasarkan analisis model-model cuaca dan didapati ia bertambah baik serta tiada potensi hujan berterusan di kawasan berkenaan.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

“Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Setakat jam 10.50 pagi ini, amaran hujan lebat dan ribut petir dikeluarkan hanya membabitkan Kinabatangan dan Sandakan, Sabah yang dijangka berterusan hingga jam 2 petang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button