Dunia

Mesir naikkan harga barangan bersubsidi, separuh penduduk terkesan

Harga minyak sayuran, gula dan beras meningkat

KAHERAH, 11 Syawal 1444H, Selasa – Kementerian Bekalan Mesir menaikkan harga kebanyakan barangan bersubsidi yang dijual kepada lebih separuh penduduk mulai Isnin.

Kenaikan itu termasuk sebotol minyak sayuran daripada EGP 25 (RM3.60) kepada EGP 30 (RM4.32), manakala sekilogram gula dan beras meningkat kepada EGP 12.60 (RM1.81) daripada EGP 10.50 (RM1.51).

Lebih 60 juta orang mendapat manfaat daripada sistem di mana setiap isi rumah menerima kad catuan dengan EGP 50 (RM7.20) sebulan untuk membeli sekitar 32 barangan pada harga subsidi, termasuk pasta, tepung dan kacang fava.

Kerajaan juga menyediakan roti besar bersubsidi kepada lebih 70 juta daripada 104 juta rakyatnya.

Rancangan untuk menaikkan harga roti bersubsidi – yang tidak berubah selama beberapa dekad – ditangguhkan selepas kejatuhan daripada perang di Ukraine.

Mesir pengimport utama komoditi asas seperti gandum dan minyak sayuran telah mengalami masalah mata wang asing yang menyebabkan poundnya turun hampir 50 peratus berbanding dolar, menekan import dan mendorong inflasi rasmi kepada 32.7 peratus pada bulan Mac.

Kementerian Kewangan negara itu berkata, pihaknya akan meningkatkan pembiayaan untuk program perlindungan sosial sebanyak 48.8 peratus kepada EGP 529.7 bilion (RM76.3 bilion) pada tahun fiskal yang akan datang, dengan pembiayaan untuk subsidi makanan meningkat 41.9 peratus kepada EGP 127.7 bilion (RM18.4 bilion). – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button