Berita UtamaDunia

Russia mengaku guna bom vakum ke atas Ukraine

Mampu sebabkan kerosakan organ dalaman hingga membawa kematian

MOSCOW, 7 Syaaban 1443H, Khamis – Russia mengesahkan telah menggunakan sistem pelancar roket ‘thermobaric’ atau juga dikenali sebagai bom vakum sepanjang serangan ke atas Ukraine, kata Kementerian Pertahanan United Kingdom (UK), semalam.

Moscow mengesahkan penggunaan sistem senjata TOS-1A di Ukraine, kata kementerian itu.

Bom vakum yang digunakan melancarkan roket di kawasan lapang dengan menggunakan oksigen di sekelilingnya sebagai bahan api, menghasilkan gelombang letupan yang bertahan lebih lama daripada bahan letupan konvensional.

“Kesan (TOS-1A) sangat dahsyat,” kata Kementerian Pertahanan UK dalam sebuah video.

Penggunaan bom vakum bukan sahaja meninggalkan kesan bahaya tetapi memusnahkan infrastruktur dan menyebabkan kerosakan organ dalaman serta melecur teruk sehingga membawa kematian kepada mereka yang terdedah dengannya.

Speaker Dewan Negara, Nancy Pelosi, D- Calif berkata, perkara tersebut telah dibincangkan bersama Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy.

“Kami membincangkan tentang senjata yang digunakan oleh Putin, senjata yang diharamkan dalam Konvensyen Geneva termasuk bom dan bom vakum yang boleh memberi kesan yang kritikal,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Pentagon, John Kirby pula mengatakan beliau melihat ‘tiada bukti’ Russia telah menggunakan senjata ‘thermobaric’ di Ukraine.

Manakala Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Linda Thomas-Greenfield berkata, Russia telah memindahkan bom vakum ke Ukraine, menuduh Putin meningkatkan kekejaman kempennya terhadap negara itu, 2 Mac lalu.

“Kami telah melihat video tentera Russia memindahkan senjata ke Ukraine, termasuk peluru berangkai dan bom vakum yang diharamkan di bawah Konvesyen Geneva,” katanya dalam ucapan di PBB.

Bom vakum yang dihasilkan Amerika Syarikat pada tahun 1960-an pernah digunakan di Vietnam, menurut Pusat Kawalan Senjata.

Russia pernah menggunakan bom vakum di Chechnya pada 1990-an dan baru-baru ini ketika pertempuran perang saudara di Syria. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button