Berita Utama

Bekas Naib Presiden Makkal Sakti tawar diri tanding tiket PN

Tinggalkan Friends of BN selepas kecewa dengan gabungan itu

BANGI,1 Muharram 1445H, Rabu – Bekas Naib Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti), Datuk V. Saravanan Kumar menawarkan diri bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai pada Pilihan Raya Negeri (PRN), atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Keputusan itu dibuat selepas yakin platform itu terbaik untuk dirinya bagi meneruskan khidmat kepada masyarakat di Nilai.

Beliau yang kini merupakan ahli Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah meninggalkan parti Friends of BN selepas kecewa dengan Barisan Nasional (BN).

“Saya kecewa tindakan BN kepada kami sebelum ini jadi saya ambil keputusan untuk letak jawatan,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan untuk menandingi kerusi berkenaan mengambil kira pengalaman, gerak kerja dan khidmat yang telah beliau berikan kepada masyarakat DUN Nilai ketika bersama Makkal Sakti.

DUN Nilai merupakan salah satu daripada enam DUN yang berada di dalam Parlimen Seremban.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kerusi berkenaan dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) yang diwakili calon DAP, J. Arul Kumar dengan majoriti sebanyak 9,825 undi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button