Berita Utama

Belanjawan 2024: Cukai minimum global dijangka dilaksana 2025

Ambil kira maklum balas industri, perkembangan terkini antarabangsa

KUALA LUMPUR, 27 Rabiulawal 1445H, Jumaat – Kerajaan dijangka melaksanakan cukai minimum global pada 2025 setelah mengambil kira maklum balas daripada industri dan perkembangan terkini antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata cukai tersebut juga hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya 750 juta euro.

“Malaysia perlu seiring dengan piawaian percukaian antarabangsa khususnya dalam mengekang aktiviti penghakisan asas cukai dan pemindahan keuntungan ke negara yang mempunyai kadar cukai yang rendah.

“Kerajaan juga akan terus memantau perkembangan cukai minimun global di peringkat antarabangsa,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button