Berita UtamaDunia

UNRWA henti operasi di Gaza jika tak dapat bahan api

Gaza dikepung sepenuhnya kerana serangan rentas sempadan

GAZA, 10 Rabiulakhir 1445H, Rabu – Agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNRWA) memberi amaran bahawa operasi akan dihentikan di Semenanjung Gaza pada Rabu jika penghantaran bahan api tidak dibenarkan masuk ke wilayah yang disekat.

“Jika kami tidak mendapatkan bahan api dengan segera, kami terpaksa menghentikan operasi kami di Semenanjung Gaza mulai malam esok.

“Operasi Gaza akan tamat esok jika kami tidak mendapat bahan api,” katanya dalam satu kenyataan.

Israel telah melancarkan kempen pengeboman tanpa henti di Semenanjung Gaza berikutan serangan rentas sempadan oleh Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Rejim itu meletakkan 2.3 juta penduduk wilayah itu di bawah pengepungan sepenuhnya dan sekatan bekalan makanan, bahan api dan perubatan.

Lebih 7,100 orang terbunuh dalam konflik terbaru, termasuk sekurang-kurangnya 5,791 rakyat Palestin dan 1,400 warga Israel.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button