Berita Utama

Aman Palestin beri kerjasama untuk SPRM jalankan siasatan

Tiada perkara mengelirukan, bantuan masih boleh disalur ke Palestin

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 11 Rabiulakhir 1445H, Khamis – Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) memberi kerjasama penuh terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung siasatan pengumpulan derma oleh badan bukan kerajaan (NGO) itu untuk rakyat Palestin.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Awang Suffian Awang Piut berkata, setakat ini tiada perkara yang mengelirukan.

“Kita telah memberi kerjasama yang sepenuhnya ke atas siasatan dibuat oleh SPRM.

“Sehingga setakat ini, alhamdulillah tiada apa-apa mengelirukan atau yang tak betul. Kita harap insya-Allah kita boleh bergerak seperti biasa.

“Dan (kutipan) dana pun masih kita buka kepada orang ramai. Kita masih lagi boleh menyalurkan bantuan kepada saudara-saudara kita di Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin mengenai perkembangan terkini perang Palestin-Israel di Anjung Melayu, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan SPRM sedang mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan daripada Aman Palestin bagi menjalankan siasatan lanjut.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, selain memerlukan beberapa dokumen penting daripada Aman Palestin, pihaknya juga perlu mendapatkan penyata serta perincian kewangan pertubuhan amal itu daripada pihak perbankan.

Menurutnya, perkara itu perlu diperoleh bagi membolehkan SPRM melakukan siasatan ekoran terdapat dakwaan Aman Palestin menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button