Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

‘Tiada langkah proaktif, susah nak percaya PM kena ugut’

Setakat kutuk Israel tiada siapa nak marah, lainlah hantar dana RM8 bilion ke Palestin

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

KUALA LUMPUR, 12 Rabiulakhir 1445H, Jumaat – Terpulang kepada rakyat untuk menilai pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menerima ugutan daripada negara luar, susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Namun bagi Perunding Kanan Hubungan Antarabangsa ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni sukar untuk mempercayai kenyataan sedemikian kerana belum nampak langkah proaktif yang dilakukan Perdana Menteri berhubung isu itu.

“Mengaku kena ugut ini sesiapun boleh mengaku. Secara peribadi susah saya percaya beliau diugut. Sebab diugut ini mesti ada langkah proaktif beliau buat.

“Setakat kutuk Israel, tiada sesiapun nak marah. Tapi kalau kita hantar RM8 bilion ke Palestin itu baru ada ugutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin mengenai perkembangan terkini perang Palestin-Israel di Anjung Melayu, di sini pada Khamis.

Terdahulu, Anwar mendedahkan bahawa Malaysia menerima ugutan daripada pemimpin negara Eropah berhubung kelantangan Malaysia mengenai isu Palestin.

Beliau berkata, dalam hal itu, Malaysia tidak sekali-kali patah semangat dan tidak akan menghiraukan sebarang ugutan daripada mana-mana pihak agar sekatan dibuat terhadap negara ini.

Dalam perkembangan lain, Fauzi yang juga Presiden Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) memaklumkan, pihaknya terbuka untuk menjalin kerjasama dengan badan kerajaan bagi menjalankan usaha memperjuangkan isu Palestin.

Beliau bagaimanapun menegaskan, kerjasama itu hanya boleh berlaku sekiranya naratif gabungan itu diutamakan.

“Kerjasama dengan mana-mana badan kerajaan kita tiada masalah tetapi kita pertegaskan naratif kita. Kita boleh menyertai apa jua kempen dengan naratif kita.

“Kita lihat usaha kerajaan ada naratif yang agak terbatas. Sekiranya kita lihat pekeliling (contohnya) Kementerian Pendidikan (KPM), kita akan melihat gerak kerja yang terbatas. Naratif itu daripada awal lagi sudah terbatas.

“Jadi bergantung kepada mereka sama ada akan memberi ruang mahupun tidak,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button