Berita Utama

Jakim buat penyelarasan garis panduan program hiburan

Babitkan mereka yang pakar daripada sudut hukum

BANGI, 17 Jamadilawal 1445H, Jumaat – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan perbincangan dan membuat penyelarasan berhubung garis panduan penganjuran program hiburan di negara ini.

Perkara berkenaan akan dibincangkan bersama Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

“Garis panduan ini nanti tentunya akan menerima pandangan mereka yang pakar-pakar daripada sudut hukum.

“Kita berharap agar garis panduan itu diberi perhatian oleh kerajaan negeri dan berharap tiada lagi pelanggaran garis panduan pada masa akan datang,” katanya seperti dilapor portal tempatan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang tular di media sosial berkaitan pesta Loy Krathong yang dianjurkan di kuil Watt Pathumviharn di Kelantan, minggu lalu.

Konsert berkenaan dikatakan melanggar syarat permit berikutan menampilkan beberapa penyanyi wanita dari Thailand bersama penari berpakaian seksi.

Susulan kejadian berkenaan, pihak penganjur konsert berkenaan telah disiasat pihak berkuasa.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button