Berita UtamaDunia

111 maut gempa bumi di China

Berlaku kerosakan pada bekalan air, elektrik serta infrastruktur komunikasi

BEIJING, 6 Jamadilakhir 1445H, Selasa – Sekurang-kurangnya 111 orang maut akibat gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter di kawasan pergunungan, barat laut China.

Agensi Berita Xinhua melaporkan, 100 orang maut di wilayah Gansu dan 11 lagi di wilayah jiran Qinghai. Selain itu, lebih 200 orang cedera – 96 di Gansu dan 124 di Qinghai.

Gempa bumi berlaku di daerah Jishishan Gansu, kira-kira lima kilometer dari sempadan wilayah dengan Qinghai. Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) meletakkan magnitud gempa itu pada 5.9.

Penyiar negara China iaitu CCTV melaporkan bahawa terdapat kerosakan pada bekalan air dan talian elektrik serta infrastruktur pengangkutan dan komunikasi.

Gempa bumi dirasai di Lanzhou, ibu kota wilayah Gansu, kira-kira 1,450 kilometer (900 batu) di barat daya ibu kota Beijing.

Pada September tahun lalu, 46 orang dilaporkan maut akibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang menggegarkan wilayah barat daya China, Sichuan.

Gempa itu mencetuskan tanah runtuh dan menggegarkan bangunan di ibu kota wilayah Chengdu, di mana 21 juta penduduk berada di bawah perintah berkurung COVID-19.

Gempa bumi paling dahsyat di China dalam beberapa tahun kebelakangan ini ialah gempa 7.9 magnitud pada 2008 yang mengorbankan hampir 90,000 orang di Sichuan.

Gegaran itu memusnahkan bandar, sekolah dan komuniti luar bandar di luar Chengdu, yang membawa kepada usaha selama bertahun-tahun untuk membina semula. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button