Artikel KhasBerita Utama

Bongkar kes tanah haram: Pengadu diugut bukan perkara baru

Pejabat tanah perlu profesional, bekerjasama dengan ‘whistleblower’

SAYA ada terbaca rintihan seorang wartawan veteran, iaitu Tuan Khaidir Ahmad yang didakwa ditekan apabila membuat pembongkaran bersiri tanah-tanah haram di serata negeri Pahang.

Beliau berkata, pejabat tanah sendiri telah membuat laporan polis terhadapnya yang telah membongkar pelbagai perkara.

Kita semua tahu yang terdapat pelbagai kontroversi yang melibatkan pejabat tanah berdasarkan kes-kes yang telah berlaku sebelum ini.

Sepatutnya pihak pejabat tanah bersikap profesional iaitu dengan bekerjasama dengan ‘whistleblower’, yang mendakwa punyai maklumat tentang sebarang penyelewengan,

Ini kerana ia praktis yang biasa diamalkan oleh organisasi-organisasi besar dan matang.

Apa yang berlaku terhadap Tuan Khaidir Ahmad ini bukannya perkara yang baharu, tetapi sudah membarah dalam amalan penguatkuasaan negara kita di mana si pengadu atau pemberi maklumat ditekan dan diugut.

Lihat sahaja isu pusat judi yang didedahkan oleh Sdr Asri Janggut baru-baru ini.

Budaya sebegini seharusnya diubah jika kita mahu tahap integriti negara sentiasa ditambahbaik.

Kebetulan Tuan Khaidir Ahmad ini adalah orang Temerloh dan pernah satu sekolah dan sekelas dengan saya.

Alhamdulillah, cantiknya Allah atur dan pertemukan kita kembali.

Insya-Allah saya akan cuba ‘engage’ dengan beliau dalam isu-isu tanah, terutamanya yang berlaku di Pahang.

Teruskan perjuangan, wahai sahabatku!

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button