Berita Utama

Majikan swasta disaran kaji kesesuaian saraan, ganjaran pekerja

Kerajaan akan mula pergiat sesi libat urus pada tahun hadapan

KUALA LUMPUR, 27 Rabiulawal 1445H, Jumaat – Kerajaan menyarankan majikan swasta di negara ini untuk turut sama mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja, mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan mula mempergiat sesi libat urus pada tahun hadapan.

“Saya menyeru pihak swasta untuk memberi ganjaran terutamanya syarikat yang mempunyai keuntungan yang munasabah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 yang bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ di Dewan Rakyat hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button