Berita Utama

Hassan Karim tak setuju pengumuman geran tambahan TPM

MP Pasir Gudang akui rasuah berkait etika bukan legal semata

BANGI, 13 Muharram 1445H, Isnin – Meskipun dalam gabungan sama, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim secara terbuka menyatakan tidak setuju dengan peruntukan diumumkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Terengganu Jumaat lalu.

Ini kerana peruntukan lebih RM500,000 itu diumumkan menjelang kempen pilihan raya negeri (PRN), katanya.

“Sebagai ahli Parlimen, saya tak setuju pengumuman geran tambahan oleh TPM (Timbalan Perdana Menteri) Zahid Hamidi di Terengganu ketika kempen pilihan raya.

“Rasuah itu isu legal dan persepsi. Rasuah berkait soal etika, bukan legal semata-mata. Pilihan raya tanpa rasuah adalah pilihan raya yang adil dan bersih,” katanya menerusi akaun Twitter pada Isnin.

Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, meluluskan RM250,000 kepada Majlis Belia Terengganu, selain RM200,000 bagi kelab bermotosikal di negeri itu.

Beliau turut mengumumkan pemberian geran membabitkan RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, jumlah itu mungkin bertambah bergantung kepada prestasi golongan itu pada PRN, 12 Ogos ini.

Tindakan itu mendapat kritikan daripada Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Abdul Rahman yang menyifatkan ia sebagai satu bentuk sogokan.

Pautan terdahulu;

https://ismaweb.net/2023/07/30/1bila-sprm-nak-ambil-tindakan-terhadap-zahid/
https://ismaweb.net/2023/07/30/tawaran-zahid-sogokan-beli-undi/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button