Pendapat

Hari Guru pasti bermakna jika kita hadiah 7 perkara ini

Para ibu bapa tidak melayan guru seperti pembantu rumah

1) GAJI dan benefit yang lebih tinggi.

2) Staf admin lebih ramai di sekolah bagi melaksanakan pelbagai tugas pengkeranian, data entry dan pengurusan majlis (event management) supaya para guru dapat fokus mengajar.

3) Masterplan/roadmap jangka masa panjang pendidikan negara yang tidak berubah-ubah walaupun dengan pertukaran menteri.

4) 100% pasangan guru duka lara dipindahkan supaya dapat bersama pasangan dan keluarga yang tercinta.

5) Budget infrastuktur sekolah, alat bantuan mengajar dan pelbagai keperluan sekolah, guru serta murid ditingkatkan tanpa sebarang ketirisan di peringkat kementerian, JPN mahupun PPD.

6) Para guru yang berprestasi dipermudahkan untuk menghadiri kursus bagi meningkatkan kemahiran diri, sambung belajar ke peringkat PhD dan dinaikkan pangkat mengikut merit (bukan senioriti).

7) Para ibu bapa tidak melayan para guru seperti pembantu rumah dengan pelbagai rungutan dan arahan yang tidak masuk akal dalam Whatsapp group.

Selamat Hari Guru 2022!

Ir Ts Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button