Berita Utama

Klinik KKM di Lembah Klang beroperasi lepas waktu pejabat

Pengoperasian sehingga jam 9 atau 10 malam, bergantung pada keperluan setempat

PUTRAJAYA, 26 Zulhijjah 1443H, Selasa – Waktu pengoperasian beberapa klinik kesihatan (KK) di sekitar Lembah Klang dilanjutkan bagi menangani isu kesesakan di hospital.

Pengoperasian luar waktu pejabat itu adalah sehingga jam 9 atau 10 malam, bergantung pada keperluan setempat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, inisiatif itu bertujuan untuk mengurangkan kehadiran pesakit di Jabatan Kecemasan terutama membabitkan mereka yang tidak berdepan situasi memerlukan rawatan segera.

“Kita ketika ini sedang menjalankan ‘extended hour’ (pengoperasian di luar waktu pejabat) di beberapa klinik di Kuala Lumpur dan Selangor, maknanya ia buka sampai malam.

“Sesetengahnya boleh duduk di Zon Hijau, yang boleh dirawat di KK saja, tidak perlu ke hospital,” katanya mengulas mengenai isu kesesakan pesakit di hospital kerajaan sejak akhir-akhir ini.

Dr Noor Azmi berkata, pengoperasian luar waktu pejabat pernah dilaksanakan sebelum ini, namun dihentikan ekoran penularan wabak COVID-19.

Selain itu, beliau berkata, KKM turut mempunyai sistem pengklusteran hospital, yang membolehkan pesakit dirawat hospital daerah yang berada dalam kluster masing-masing.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button