Berita UtamaDunia

Afghanistan tegaskan Iran terus terima air daripada Sungai Helmand

Iran beri amaran kepada Taliban kerjasama terjejas jika masalah tak selesai

TEHRAN, 3 Muharram 1444H, Isnin – Jurucakap Menteri Tenaga dan Air Afghanistan berkata, Iran akan kekal menerima air daripada Sungai Helmand dari negaranya seperti dalam perjanjian pada 1971.

Akhtar Mohammad Nosrat berkata, mengikut perjanjian yang dipersetujui bersama, Iran menerima 22 meter padu air sesaat.

Katanya sebagai kejiranan yang baik, sebanyak empat meter padu air sesaat juga akan ditambah mengikut jumlah yang ditetapkan.

Amalan agihan air tersebut akan diteruskan namun sekiranya berlaku kemarau jumlah air yang diterima Iran daripada Sungai Helmand akan berkurangan.

Sebelum ini, Presiden Iran, Ebrahim Raisi mendakwa Taliban melanggar perjanjian dan tidak melepaskan air ke Iran dari Sungai Helmand.

Berikutan kenyataan Menteri Luar, Hossein Amirabdollahian mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya di Afghanistan, Amir Khan Motaqqi.

Amirabdollahian menyatakan harapan yang tinggi kepada Taliban supaya tidak menutup halangan buatan sendiri ke arah laluan air yang mengalir ke Iran.

Beliau dalam masa sama turut memberikan amaran kepada Taliban kerjasama di antara kedua-dua pihak akan terjejas sekiranya masalah tersebut tidak dapat diselesaikan.

Tehran dalam beberapa program menyifatkan Taliban telah melanggar perjanjian berhubung pemberian air ke negaranya.

Bagaimanapun Taliban menafikan tuduhan sebaliknya menegaskan negaranya masih kekal dan patuh dengan perjanjian tersebut. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button