Berita UtamaDunia

Turkiye mahu Sweden halang aktiviti rekrut pengganas

Tiada­ masalah sertai NATO, asalkan ambil tindakan konkrit pada PKK, FETO

ANKARA, 28 Syaaban 1444H, Selasa – Sweden perlu menghalang segala pengumpulan dana, rekrut dan propaganda oleh kumpulan pengganas di negaranya, kata Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu. 

Mengulas mengenai kemasukan ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Cavusoglu berkata, Turkiye tidak mempunyai masalah dengan penyertaan Finland, tetapi NATO dan negara-negara Nordik mahu melayan Sweden dan Finland secara sama rata.

“Kini Parlimen mempunyai kuasa untuk mengesahkan keahlian mereka,” kata Cavusoglu kepada pemberita, turut serta Pesuruhjaya Kejiranan dan Pembesaran EU, Oliver Varhelyi dan Menteri Kerjasama Pembangunan Antarabangsa dan Perdagangan Luar, Sweden Johan Forssell.

Turkiye juga mengesahkan, akan meluluskan proses protokol keahlian NATO Finland di Parlimennya.

Finland dan Sweden secara rasmi memohon untuk menyertai NATO Mei lalu. Turkiye meminta kedua-dua negara Nordik itu mengambil tindakan konkrit terhadap PKK – organisasi pengganas yang diharamkan oleh Ankara dan sekutu Barat serta Pertubuhan Pengganas Gulen (FETO). 

Bagaimanapun, hubungan antara Ankara dan Stockholm menjadi tegang selepas Turkiye mendakwa Sweden tidak melakukan tindakan yang mencukupi dalam membanteras kumpulan dilabelkan sebagai pengganas oleh Turkiye.

Rundingan kedua-dua negara itu juga terhenti selepas kekecohan mengenai patung yang menyerupai Erdogan dinaikkan secara terbalik di bandar stockholm.

Ia termasuk tindakan aktivis sayap kanan yang membakar al-Quran di luar kawasan kedutaan Turkiye.

Sementara itu, Sweden meluluskan undang-undang antikeganasan pada November lalu, dengan harapan Ankara akan meluluskan tawaran Stockholm untuk menyertai pakatan NATO.  

Undang-undang baharu itu, yang akan berkuat kuasa pada 1 Jun, akan membenarkan pihak berkuasa Sweden mendakwa individu yang menyokong organisasi pengganas.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button