Berita Utama

Isu kartel daging beku dibicara bermula Disember depan

Kementerian tak kompromi dengan hal berkait makanan halal

KUALA LUMPUR, 15 Safar 1443H, Rabu – Isu berkenaan kartel daging yang pernah menggemparkan negara beberapa bulan lalu akan dibicarakan di mahkamah pada 14, 15 dan 16 Disember depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, kartel-kartel yang terlibat telah didakwa pada bulan Februari lalu.

Menurut beliau, kementerian itu tidak akan berkompromi dengan hal-hal yang berkaitan makanan halal.

“Kami juga menyeru pengguna di luar sana, jika ada sesuatu yang meragukan, boleh melaporkan kepada kita dan kita akan mengambil tindakan serius kerana hal berkaitan makanan halal adalah sesuatu yang tidak dapat kita kompromi,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) berhubung status sindiket kartel daging sejuk beku import.

Rosol berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga sedang membangunkan alat untuk mengenal pasti status halal terhadap produk-produk lain, selain makanan.

Jelasnya, alat itu berupaya mengesan penggunaan bahan tidak halal pada kosmetik dan kulit babi dan anjing pada pakaian.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button