Artikel Khas

Jangan campur adukkan budaya luar dalam sambutan Aidilfitri

Mampukah madrasah Ramadan didik kita pada kaifiat ketaatan yang Allah kehendaki

1. Aidilfitri kembali buat kesekian kalinya dalam hidup kita. Hari yang digambarkan sebagai hari kegembiraan dan hari makan minum setelah sebulan berpuasa.

2. Kita menghampirkan diri kepada Allah dengan mengikut perintah Allah. Di Ramadan ibadahnya adalah dengan menahan lapar, di Aidilfitri ibadahnya adalah jamuan bersama keluarga, jiran dan rakan taulan.

3. Ketaatan kepada Allah dalam apa juga keadaan yang Allah kehendaki dengan kaifiat yang ditentukanNya adalah sifat mukmin yang berjaya mengambil iktibar dari Ramadan.

4. Begitulah juga dalam urusan seharian dan pentadbiran negara. Mampukah madrasah Ramadan mendidik umat Islam Malaysia agar kembali kepada kaifiat ketaatan yang Allah kehendaki dalam segenap urusan hidup; suka atau tidak suka, senang atau susah?

5. Mencampur adukkan budaya luar dalam sambutan Aidilfitri tidak sepatutnya berlaku lagi setelah sekian kalinya kita menyambut Ramadan dan Syawal.

Mencampur adukkan formula luar dalam menguruskan negara juga sepatutnya sudah berakhir setelah pelbagai seruan dan slogan kenegaraan dilaungkan dari dulu; Islam Hadhari, Islamisasi, Wasatiyah, Madani dan sebagainya.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
وكل عام وانتم إلى الله أقرب وعلى طاعته أدوم
جعلنا الله وإياكم من المقبولين وأعاده علينا وعليكم باليمن والإيمان والعز

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Mantan Presiden ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button