Artikel Khas

Ibu bapa perlu cari solusi terbaik lahirkan generasi berkualiti

Islam satu cara hidup yang lengkap

2 + 2 = 5 ?

1. Buat benda yang sama tidak semestinya akan menatijahkan hasil yang serupa!

2. Kita seharusnya melihat dalam perspektif yang lebih luas, ambil kira semua faktor dan tidak meniru secara membuta tuli.

3. Dalam aspek keibubapaan, ramai ibu bapa hari ini hanya meniru dan melakonkan semula cara mendidik anak yang mereka terima dari generasi ibu bapa mereka sendiri berdasarkan memori dan pengalaman hidup.

4. Tanpa menafikan banyak aspek positif dari cara parenting generasi terdahulu, kita juga harus ingat zaman berubah, karakter generasi millenial berubah, persaingan dan persekitaran juga turut berubah. Jadi tidak semestinya cara dahulu mampu menghasilkan kejayaan yang kita lihat hari ini.

5. Jadi ibu bapa hari ini perlu belajar dan mengeksperimen untuk mencari solusi terbaik bagi melahirkan generasi berkualiti untuk pada masa akan datang.

6. Begitu juga dalam bidang pendidikan formal di sekolah. Negara kita tidak boleh meniru Finland dalam aspek peperiksaan dan penilaian pelajar semata-mata. Tapi harus juga melihat keseluruhan sistem pendidikan di sana dari segi kualiti dan kemahiran guru, gaji yang ditawarkan, sistem persekolahan dan bilangan murid per kelas, beban pengurusan guru dan budaya pembelajaran masyarakat di sana.

7. Mengambil separuh-separuh dan mengharapkan hasil yang sama menjadikan kita orang yang bodoh. Lebih teruk jika polisi dan tindakan kita nanti merosakkan generasi.

8. Sebab itu Allah SWT nasihatkan kita supaya ‘masuk ke dalam Islam sepenuhnya’.

9. Islam ialah satu cara hidup yang lengkap. Sebagai contoh untuk membanteras zina, mengamalkan hukum hudud terhadap pesalah semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah. Tapi kebiasaan masyarakat, pendidikan, media massa dan semua sistem yang berkaitan mestilah secara sinergi mampu dibangunkan bagi menjauhkan masyarakat dari zina.

10. Kita harus menilai semua isu dari pendangan helikopter. Semakin tinggi kita naik, semakin kelihatan kerdil diri kita. Dan semakin kita sedar kita perlukan kepada Pencipta!

Ir Ts Lukman Al Hakim

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button