Berita Utama

Syor wujudkan elaun sewa rumah mahasiswa

Beri pada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan

BANGI, 25 Zulkaedah 1444H, Rabu – Kerajaan disaran melihat isu asas yang dihadapi mahasiswa seperti penempatan tempat tinggal mereka di universiti yang sehingga kini belum selesai.

Cadangan disuarakan Pergerakan Pemuda UMNO itu susulan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju untuk menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) bagi pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ketuanya, Dr Akmal Saleh mengesyorkan kerajaan mewujudkan elaun sewa rumah kepada mahasiswa yang tidak mendapat kemudahan penginapan asrama.

Elaun itu boleh diberikan kepada mahasiswa terutamanya dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Selain itu, penetapan harga siling rumah sewa di kawasan sekitar universiti diwujudkan agar tidak ada pemilik rumah yang menaikkan harga sewa sewenang-wenangnya.

“Kami mohon juga untuk melihat isu asas bagi adik-adik mahasiswa yang sehingga kini masih tidak dapat diselesaikan iaitu isu penempatan tempat tinggal mereka di universiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akmal turut memaklumkan, pihaknya telah membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi menangani ini.

Bahkan pada masa sama, Pemuda UMNO bersedia untuk membawa perbincangan itu dengan lebih lanjut bersama pihak berwajib.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button