Berita Utama

Anwar beri amaran terakhir kepada pihak main isu 3R

'Orang tertentu rasa kedudukan mereka itu terlalu hebat'

KUALA LUMPUR, 23 Zulhijjah 1444H, Rabu – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran terakhir kepada mana-mana pihak supaya tidak mengeksploitasi isu 3R dengan menyentuh kaum, agama dan institusi diraja yang boleh memecah-belahkan negara.

Beliau berkata, pemantauan tanpa berkecuali akan dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Polis Diraja Malaysia.

“Ini amaran terakhir daripada kerajaan sebab saya selaku Perdana Menteri tidak ada pilihan kerana desakan dalam kalangan ahli fikir dan untuk pertahankan keselamatan negara. Ini mengatasi kepentingan.

“Orang-orang tertentu merasakan kedudukan mereka itu terlalu tinggi dan hebat tidak mungkin terdakwa ataupun tercabar.

“Negara tidak boleh begitu, kita tidak boleh pandang dan pilih kedudukan pangkat, keturunan atau kekayaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam tadi.

Anwar berkata, negara tidak akan kekal stabil sekiranya perkara tersebut dibiar dilakukan oleh pihak yang terdesak dan sanggup berbuat apa sahaja hanya untuk mempertahan kuasa atau mencari pengaruh baharu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button