Berita Utama

1,184 calon STPM peroleh PNGK 4.0

1,009 calon daripadanya adalah daripada kategori B40

KUALA LUMPUR, 24 Zulhijjah 1444H, Khamis – Seramai 1,184 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00, kata Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Beliau berkata, ia sekali gus menyaksikan calon yang memperoleh keputusan PNGK 4.00 meningkat berbanding tahun 2021 iaitu seramai 874 orang.

“Daripada 1,184 calon ini, seramai 1,009 calon atau 85.22 peratus daripadanya adalah daripada kategori B40,” katanya pada sidang media pengumuman Keputusan STPM 2022 di sini hari ini.

Bagi PNGK Nasional STPM 2022, Mohd Ekhwan berkata ia juga telah meningkat kepada 2.82 pada tahun lepas berbanding 2.79 pada tahun sebelumnya.

“PNGK Nasional ini juga merupakan PNGK Nasional tertinggi sejak dilaksanakan peperiksaan STPM,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button