Berita Utama

MUIS gesa kerajaan halang segala usaha promosi perkara haram

Semua program baik dari luar atau dalam negara perlu ditapis dengan sebenar-benarnya

BANGI, 7 Muharam 1445H, Selasa – Pihak berkuasa perlu menapis dengan seteliti mungkin apa jua program luar yang akan datang ke dalam negara baik dalam bentuk hiburan mahupun yang bersifat akademik.

Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS), Datuk Zamri Hashim berkata, ia supaya sebarang program yang diadakan tidak melampaui syariat Islam, undang-undang serta tatakesusilaan.

Apatah lagi program melibatkan kumpulan yang jelas sedari awal menyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kerana amalan songsang itu sama sekali tidak diiktiraf dalam undang-undang negara ini.

“Dalam Islam, mempromosi perkara-perkara mungkar itu adalam haram. Memberi ruang untuk mempromosi suatu benda yang haram itu juga adalah haram.

“Maka kerajaan wajib untuk memastikan usaha bagi mempromosikan perkara-perkara yang haram ini tidak berlaku di sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Zamri berkata, nilai-nilai murni Islam perlu diterapkan dalam masyarakat di negara ini tanpa mengira agama.

Ini kerana, katanya, Islam menawarkan akhlak dan budi pekerti kepada seluruh masyarakat tanah air.

Terdahulu, vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy mengundang kecaman ramai selepas menunjukkan pelbagai aksi jelik dan melampau di hadapan peminat Good Vibes Festival 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang baru-baru ini.

Healy didakwa memegang botol arak ketika berada atas pentas selain meludah dan melakukan aksi kurang sopan.

Vokalis itu juga membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT sebelum bertindak mencium pemain bass The 1975, Ross McDonalds di atas pentas.

Pautan terdahulu;

https://ismaweb.net/2023/07/25/the-1975-kerajaan-madani-perlu-hukum-penganjur/

‘Dulu tak pernah benarkan kumpulan seperti The 1975 masuk Malaysia’

The 1975: Ini sebab kerajaan perlu ditolak, hilang rasional tadbir negara

Polis Selangor terima tiga laporan berhubung kumpulan The 1975


https://ismaweb.net/2023/07/22/2the-1975-disenarai-hitam-buat-persembahan-di-malaysia/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button