Berita Utama

SPRM lancar tujuh bilik gerakan sempena PRN, PRK

Orang ramai boleh salur maklumat berkait rasuah sepanjang pilihan raya

BANGI, 11 Muharam 1445H, Sabtu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan tujuh bilik gerakan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, tujuh bilik gerakan yang dilancarkan itu adalah di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan.

Katanya, bilik gerakan itu bertujuan memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah serta salah guna kuasa sepanjang tempoh pilihan raya.

“Kesemua bilik gerakan tersebut beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 12 Ogos 2023,” katanya.

Bilik gerakan boleh dihubungi melalui 03-88911038 atau e-mel [email protected] (Ibu Pejabat SPRM), 03-55248318 atau [email protected] (Pejabat SPRM Selangor), 06-7625446 atau [email protected] pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Maklumat juga boleh disalurkan melalui talian 04-7001361 atau [email protected] (Pejabat SPRM Kedah), 04-2271982 atau [email protected] (Pejabat SPRM Pulau Pinang), 09-6301920 atau [email protected] (Pejabat SPRM Terengganu) dan 09-7661800 atau [email protected] (Pejabat SPRM Kelantan).

“SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button