Berita UtamaDunia

Pelestin seru masyarakat dunia desak Israel buka semula lintasan Karem Abu Salem

Penutupan bawa kerugian besar kepada pelbagai sektor

GAZA, 21 Safar 1445H, Khamis – Palestin menyeru masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Israel supaya membuka semula Lintasan Karem Abu Salem untuk kegunaan penghantaran barangan komersial selain membatalkan keputusan menghentikan kemasukan barangan luar ke kawasan Tebing Barat, lapor Anadolu.

Selasa lalu, pihak berkuasa Israel membuat keputusan menangguhkan semua eksport dari Semenanjung Gaza sehingga diberitahu kelak dengan alasan terdapat cubaan menyeludup bahan letupan melalui lintasan berkenaan.

“Semasa pemeriksaan keselamatan tiga trak penuh dengan barangan dari Semenanjung Gaza, bahan letupan berkualiti tinggi seberat beberapa kilogram ditemui disembunyikan di dalam pakaian yang mengandungi jenama fesyen antarabangsa,” dakwa tentera Israel.

Bagaimanapun, Menteri Ekonomi Palestin, Khaled Asili menyeru masyarakat antarabangsa terus memberi tekanan kepada tentera negara haram itu supaya membatalkan semula hukuman kolektif menghalang pemasaran produk dari luar.

Khaled menyifatkan tindakan Israel sebagai tidak adil dan boleh menyebabkan krisis kemanusiaan dan ekonomi yang serius.

Justeru, beliau meminta Israel bertanggungjawab terhadap kesan penutupan lintasan berkenaan yang boleh membawa kerugian besar kepada banyak sektor.

Malah, ia turut memberi kesan besar kepada peniaga, petani dan pengilang untuk memasarkan produk mereka selain mengganggu pengeluaran produk dan peluang pekerjaan.

Lintasan Karem Abu Salem merupakan laluan komersial utama ke Gaza yang membolehkan bahan pembinaan, barangan, bahan api dan bahan makanan yang diperlukan penduduk Semenanjung Gaza dibawa masuk ke wilayah berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button