Artikel Khas

Adakah masih ada hari esok untuk muslim Gaza?

Kenapa Yahudi bermaharajalela, seolah tiada negara yang sekat kezaliman itu?

BILANGAN negara dunia 195 buah, negara Islam dalam OIC ada 57 buah negara. Jumlah penduduk dunia sekitar 8 billion. Jumlah muslim sekitar 1.5 billion.

Jumlah penduduk Israel sekitar 9 juta. Kekuatan tentera beberapa buah negara Islam antara yang terkuat di dunia pun hanya untuk simpanan sahaja. Tentera digunakan untuk perbarisan menyambut hari kebesaran negara. Cekap berkawad dan bertabik hormat digunakan untuk upacara negara sahaja.

Kenapa Yahudi boleh bermaharajalela di Gaza, tanpa ada negara atau pertubuhan antarabangsa menyekat kezaliman yang amat dahsyat di Gaza.

Serangan udara bertubi-tubi di Gaza yang melibatkan ribuan tan ledakan bom ke atas bumi Gaza, tiada negara yang boleh menghalang kejahatan tersebut. Yang ada hanya seruan gencatan senjata , minta berdamai, kutukan dari jauh, persidangan yang tiada apa-apa munafaat untuk muslim Gaza.

Kebaculan 57 buah negara Islam amat ketara. 57 pemimpin negara Islam hanya sekadar melahirkan rasa kecewa dan marah sahaja bila muslim Gaza di bom. Terserlah sudah hero-hero negara Islam yang banyak bercakap secara jauh mengutuk di istana istana mewah atau kediaman rasmi atau di dewan persidangan sahaja.

Rupanya mereka pengecut. Mereka hanya melihat setiap pembunuhan muslim Gaza yang melibatkan kanak kanak, wanita dan orang awam.

Pemimpin Islam dipukau, tiada apa apa kekuatan. Yahudi bebas mengebom sesuka hati di Gaza tetapi hati-hati muslim hanya buih di lautan.

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
Ketua Perhubungan Isma Kelantan
merangkap
Penasihat Hubungan Antarabangsa Isma

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button