Berita Utama

Ismail Sabri tak pertahan jawatan Naib Presiden

Hanya beri jawapan ringkas tanpa nyata sebarang alasan

BANGI, 5 Syaaban 1444H, Ahad – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan tidak mempertahankan jawatan disandangnya itu untuk pemilihan parti sesi 2023-2026.

Memetik Malaysiakini, bekas Perdana Menteri itu hanya menjawab ringkas memaklumkan keputusannya tanpa memberikan sebarang alasan.

“Ya,” demikian jawab Ismail sebagai mengesahkan tidak bertanding pemilihan parti pada 18 Mac ini.

Bagaimanapun, Malaysiakini mendakwa bahawa Ahli Parlimen Bera itu akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.

Tarikh akhir pencalonan pemilihan UMNO bagi jawatan naib presiden, ahli majlis tertinggi dan jawatankuasa bahagian ditetapkan pada jam 5 petang tadi.

Difahamkan, lapan pemimpin parti telah menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding jawatan naib presiden, termasuk dua penyandangnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Enam pemimpin lain yang turut bertanding adalah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Antara lain ialah bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Pembaharuan Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button