Dunia

Mesir-Perancis gesa gencatan senjata di Semenanjung Gaza

Konsisten bantah pemindahan paksa penduduk Palestin

KAHERAH, 24 Rejab 1445H, Isnin – Mesir menggesa gencatan senjata di Semenanjung Gaza dan mengulangi penolakannya terhadap pemindahan paksa penduduk Palestin dari negara asal.

Gesaan Mesir susulan perbincangan di Kaherah antara Menteri Luar, Sameh Shoukry dan rakan sejawatnya dari Perancis, Stephane Sejourne.

“Mesir mengulangi penolakannya terhadap pemindahan paksa rakyat Palestin dari Gaza.

“Isu Palestin mesti ditangani melalui rangka kerja politik yang komprehensif,” katanya yang turut menggesa ketetapan tempoh masa untuk menubuhkan negara Palestin.

Sementara itu, Sejourne memaklumkan, pihaknya juga menggesa gencatan senjata di wilayah Palestin.

“Kami bimbang terhadap peningkatan ketegangan di rantau Laut Merah,” kata menteri itu.

Ketegangan meningkat di Laut Merah di tengah-tengah serangan kumpulan Houthi Yaman ke atas kapal komersial yang disyaki mempunyai kaitan dengan serangan udara balas Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Israel melancarkan serangan tanpa henti ke atas Gaza dan membunuh sekurang-kurangnya 27,365 rakyat Palestin dan mencederakan 66,630 yang lain.

Serangan itu menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruktur wilayah rosak atau musnah.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button