Berita Utama

COVID-19: Tiga kes baharu, jumlah kematian kekal 121

Libat warganegara baru pulang dari Sudan, Mexico, Arab Saudi

KUALA LUMPUR, 16 Zulkaedah 1441H, Rabu – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada sebarang kes baharu yang membabitkan kes penularan dalam negara dikesan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua tiga kes baharu yang direkodkan pada Rabu merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Ia sekali gus, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 8,677 kes.

“Kes kebolehjangkitan di negara ini adalah sebanyak 70 kes. Mereka telah diasing dan dirawat,” katanya seperti media tempatan hari ini.

Jelas beliau, tiga kes baharu itu melibatkan warganegara Malaysia yang masing-masing baru pulang dari Sudan, Mexico dan Arab Saudi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak lima kes pulih COVID-19 dan dibenarkan discaj dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 8,486 kes atau 97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada Rabu.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kekal sebanyak 121 kes atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Setakat ini, dua kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), sementara satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button