Berita UtamaDunia

COVID-19: Banyak premis ingkar SOP, UAE catat 679 kes baharu

Beberapa premis diarah tutup, didenda ingkar langkah pencegahan

DUBAI, 4 Safar 1442H, Selasa – Sebanyak 679 kes baharu COVID-19 dengan satu kematian dicatatkan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Isnin.

Ini sekali gus menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 85,595 kes, manakala 405 kes kematian keseluruhan setakat ini.

Kementerian Kesihatan dan Pencegahan melaporkan, sebanyak 813 kes telah pulih dalam tempoh 24 jam sebelumnya, menjadikan jumlah pulih keseluruhan 75,086 kes.

Sementara itu, sebuah kafe di Al-Seef di Dubai diperintah tutup susulan ingkar langkah pencegahan COVID-19, manakala denda dikenakan kepada sembilan premis lain termasuk gimnasium, restoran dan kedai jahit.

Selain itu, pasukan pemeriksaan dari Dubai Economy yang bekerjasama dengan Jabatan Pelancongan dan Perdagangan telah mengeluarkan amaran kepada enam premis yang ingkar akan mematuhi langkah pencegahan wabak.

Malah, Jabatan Pembangunan Ekonomi di Ajman telah mengarahkan penutupan sementara dua pusat beli-belah bagi tujuan kesihatan dan keselamatan.

Di negara lain, Kuwait mencatatkan 530 kes baharu COVID-19 dan satu kematian, menjadikan jumlah keseluruhan masing-masing sebanyak 99,964 dan 585 kes.

Oman merekodkan sebanyak 93,475 kes termasuk 576 kes baharu, dengan 853 jumlah penduduk maut termasuk tujuh kematian baharu.

Bahrain melaporkan tiga kematian baharu, menjadikan jumlah kematian sebanyak 224 orang, dengan 713 kes baru disahkan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button