Berita Utama

Omicron: Kerajaan jamin takkan kembalikan PKP

Laksana inisiatif supaya Omicron tak beri kesan pada pemulihan negara

BANGI, 7 Jamadilakhir 1443H, Isnin – Kerajaan memberi jaminan tidak akan melaksanakan kembali ‘lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan varian Omicron di negara ini.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan varian baharu itu tidak memberi kesan kepada pemulihan negara.

Beliau berkata, antara inisiatif berkenaan termasuklah kawalan sempadan lebih ketat yang mula dilaksanakan.

“Kita berjanji tidak akan balik kepada cara lama yang kenakan PKP atau lockdown.

“Majlis telah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa jangkitan COVID-19 menunjukkan trend peningkatan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN, di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin berkata, bukan hanya Malaysia, tetapi banyak negara lain turut terkesan dengan varian Omicron.

“Sistem kesihatan awam kita pernah melalui tekanan, jadi perlu ada strategi untuk menanganinya,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button