Berita UtamaDunia

Bank Lubnan tutup semua cawangan selama tiga hari

Bantah insiden oleh pendeposit, serangan terhadap pekerja

BEIRUT, 21 Safar 1444H, Sabtu – Persatuan Bank di Lubnan mengumumkan penutupan semua cawangan bank di seluruh negara selama tiga hari ekoran beberapa siri penahanan pendeposit menuntut pengeluaran simpanan mereka.

Persatuan itu berkata, penutupan tersebut dibuat bagi membantah insiden oleh pendeposit dan serangan yang berlaku terhadap pekerja bank.

Menurut kenyataan rasmi, enam insiden penahanan oleh pendeposit berlaku semalam di bank berbeza di Beirut.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Bassam Mawlawi menggesa mesyuarat tergempar bagi membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menangani insiden berkenaan.

Lubnan telah menyaksikan insiden berulang di bank berikutan keengganan untuk memberikan pelanggan wang dalam dolar Amerika Syarikat (AS).

Selama lebih daripada dua setengah tahun, bank-bank Lubnan telah mengenakan sekatan ke atas wang pendeposit dalam mata wang asing, terutamanya dolar dan menetapkan siling yang ketat bagi mengeluarkan wang dalam pound Lubnan.

Lubnan telah bergelut dengan krisis ekonomi yang teruk sejak 2019, menyebabkan kebanyakan pendeposti tidak dapat melakukan apa-apa daripada akaun bank mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button