Berita UtamaDunia

Rakyat Palestin bersolidariti untuk tahanan wanita di penjara Israel

Desak PA bawa isu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

GAZA, 6 Rabiulakhir 1444H, Selasa – Puluhan rakyat Palestin berhimpun di bandar Gaza pada Isnin bagi menunjukkan solidariti terhadap seorang wanita yang ditahan di penjara Israel.

Penunjuk perasaan mengibarkan sepanduk ketika protes yang diadakan di luar pejabat Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, bagi memberi tekanan ke atas pengganas Israel supaya membebaskan rakyat Palestin dalam tahanannya.

“Perhimpunan itu bertujuan untuk menunjukkan sokongan kepada banduan wanita yang menderita penyakit, di tengah-tengah kecuaian perubatan yang disengajakan,” kata penganjur perhimpunan, Zaki Dababesh.

Menurut Persatuan Tahanan Palestin, banduan wanita telah melancarkan beberapa siri protes terhadap apa yang mereka katakan sebagai dasar kecuaian perubatan Israel terhadap mereka.

“Pendudukan haram sengaja mengabaikan kesihatan banduan wanita dan kadangkala menafikan lawatan keluarga mereka,” kata Dababesh.

Serentak itu, beliau mendesak Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk membawa isu tahanan di penjara Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Langkah itu perlu bagi menghukum pendudukan Israel di atas jenayahnya.

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan daripada pihak berkuasa Israel mengenai protes itu.

Menurut data Palestin, hampir 4,550 tahanan Palestin di penjara Israel, termasuk 175 bawah umur dan 27 tahanan wanita. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button