Berita UtamaDunia

Junta Myanmar setuju cadangan gencatan senjata hingga akhir tahun

Mudahkan proses bantuan kemanusiaan pada pertengahan September

YANGON, 28 Muharram 1443H, Isnin – Junta tentera Myanmar bersetuju dengan permintaan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk melaksanakan gencatan senjata selama empat bulan bagi menyelesaikan konflik di negara tersebut.

Tindakan itu untuk memastikan kelancaran penyaluran bantuan kemanusiaan yang diharapkan pada pertengahan September, kata utusan khas ASEAN untuk Myanmar.

Bercakap kepada agensi Berita Kyodo Jepun, Menteri Luar Negeri kedua Brunei, Erywan Yusof memberitahu, beliau mencadangkan gencatan senjata dalam satu sidang video Selasa lalu dengan Menteri Luar Myanmar, Wunna Maung Lwin.

Susulan itu, pihak tentera telah menerima cadangan tersebut.

Berikutan rampasan kuasa pada bulan Februari, ASEAN telah berusaha untuk menjadi pengantara bagi menghentikan keganasan di Myanmar dan menganjurkan dialog antara pihak-pihak yang berperang.

“Ini bukan gencatan senjata politik. Ini adalah gencatan senjata untuk memastikan keselamatan, dan keselamatan pekerja kemanusiaan,” kata Erywan, sambil memaklumkan tentera tidak menolak gencatan senjata yang akan dilaksanakan hingga akhir tahun ini.

Erywan juga memberitahu beliau secara tidak langsung telah menyampaikan cadangannya kepada pembangkang pemerintah tentera. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button