Berita Utama

COVID-19: Varian Omicron masih aktif

Jangkitan masih terkawal, tak bebankan perkhidmatan kesihatan

BANGI, 3 Syawal 1444H, Isnin – Lebih 70 peratus daripada jumlah kumulatif kes wabak COVID-19 yang direkodkan dalam negara adalah varian Omicron beserta subvariannya.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, varian Omicron kekal sebagai satu-satunya varian yang sedang menular ketika ini.

Katanya, 70.97 peratus daripada jumlah kumulatif kes yang dijangkiti virus SARS-Cov-2 adalah dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI).

“Sejenis subvarian di bawah famili varian Omicron adalah XBB. 1. 16 atau Acturus.

“Pertubuhan Kesihatan SeduniaE (WHO) telah mengelaskan subvarian ini sebagai Variant of Interest sejak 17 April 2023.

“Ini bermakna hasil penilaian Risiko Kumpulan Pakar Teknikal Evolusi Virus SARS- Cov-2 WHO telah menilai Subvarian Arcturus sebagai suatu subvarian yang memerlukan perhatian, tetapi tidak diletakkan dalam kelas Varian di bawah Pemantauan (Variant Under Monitoring),” katanya.

Tambah beliau, sebanyak 12 kes varian Arcturus telah dilaporkan namun kesemuanya hanya bergejala ringan dan stabil.

“Walaupun Malaysia telah mengenal pasti varian XBB. 1. 16 sejak bulan Mac 2023, keadaan jangkitan COVID-19 masih lagi terkawal dan tidak membebankan kapasiti perkhidmatan kesihatan di klinik dan hospital,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button