Berita UtamaDunia

Arab Saudi bawa keluar rakyat Russia dari Sudan

Guna kapal perang dan tiba di Pangkalan Tentera Udara Jeddah

KAHERAH, 10 Syawal 1444H, Isnin – Arab Saudi membawa keluar puluhan rakyat Russia dari Sudan dan tiba di pangkalan tentera udara Jeddah, semalam.

Menurut Konsulat Jeneral Persekutuan Russia di Jeddah, Ruslan Usmanov, kesemua penduduk Russia itu dikeluarkan dari Pelabuhan Sudan dan tiba di pelabuhan tentera laut menggunakan kapal perang milik Arab Saudi.

“Buat masa ini, kira-kira 40 rakyat Russia tiba di pangkalan udara Jeddah, manakala sebahagian telah kembali ke Russia dan ke negara-negara lain,” katanya dalam temubual agensi berita TASS.

Tambah Ruslan, sebahagian rakyat Russia membuat transit melalui negara-negara lain seperti Qatar, Emriah Arab Bersatu (UAE) sebelum pulang ke tanah air.

“Buat masa ini kerajaan Arab Saudi masih menanggung kos penginapan hotel selama dua hari dan keperluan makanan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Arab Saudi juga sedang memberi perlindungan untuk membawa keluar rakyat dari negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dari sudan.

Sebelum ini, Jurucakap Menteri Luar Russia, Maria Zakhrova mengesahkan pihaknya berhubung dengan Riyadh untuk urusan pemindahan rakyat Russia dan diplomatik dari Sudan. – Agens

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button