Berita UtamaDunia

Enam maut, 8 cedera dipanah petir di selatan Pakistan

Insiden berlaku ketika penduduk menuju ke majlis perayaan tempatan

ISLAMABAD, 11 Zulkaedah 1444H, Rabu – Sekurang-kurangnya enam maut dan lapan yang lain cedera akibat dipanah petir dalam kejadian di daerah Tharparkar di wilayah Sindh, selatan Pakistan.

Menurut perkhidmatan penyelamat, mangsa maut terdiri daripada lima remaja dan seorang lelaki berusia 35 tahun.

Katanya, semua mangsa berasal dari daerah Tharparkar.

Insiden pada awal pagi Selasa itu berlaku di kampung Sataro, ketika sebilangan besar penduduk sedang berjalan kaki untuk menghadiri majlis perayaan tempatan.

“Kakitangan penyelamat dan penduduk tempatan memindahkan mangsa ke hospital,” kata perkhidmatan penyelamat.

Susulan insiden itu, orang ramai bergegas menyelamatkan diri dari lokasi kejadian selepas petir menyambar.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button