Berita UtamaDunia

UNESCO digesa lindungi kawasan arkeologi Palestin

Israel semakin ganas ceroboh kawasan warisan

TEBING BARAT, 1 Muharram 1445H, Rabu – Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) digesa melindungi kawasan arkeologi dan warisan di wilayah berkenaan daripada diceroboh tentera negara haram yang cuba meluaskan kawalannya.

Perdana Menteri Palestin, Muhammad Shtayyeh ketika memulakan mesyuarat Kabinet semalam berkata, keganasan peneroka haram semakin memuncak di tapak-tapak arkeologi terutama di bandar Sebastia berhampiran Nablus Tebing Barat dan perkampungan Husam di Baitulmaqdis.

Beliau turut memberi amaran berhubung kesan pengurangan kuota air yang mendadak susulan syarikat air Israel, Mekorot menghadkan pengagihan air di wilayah Hebron dan Baitulmaqdis.

Beliau menyifatkan tindakan berkenaan sebagai keputusan yang berbahaya, diskriminasi dan perkauman dengan menghalang penduduk di dua wilayah itu mendapat hak asasi mereka.

Beliau menegaskan tindakan itu sebagai tidak adil kerana mengurangkan penggunaan kuota air kepada rakyat Palestin namun pada masa sama telah menggandakan penggunaan kepada peneroka haram.

Purata penggunaan air per kapita rakyat Palestin kini tidak melebihi 72 liter sehari manakala rakyat Israel kini menggunakan 320 liter sehari.

Atas dasar itu, Shtayyeh mengalu-alukan resolusi Majlis Hak Asasi Manusia yang menggesa penggunaaan pangkalan data di penempatan haram.

Beliau juga menyeru negara yang tidak menyokong resolusi itu untuk menyemak kedudukan mereka serta berhenti menggalakkan jenayah negara haram Israel yang menyalahi undang-undang antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button