Berita UtamaDunia

WhatsApp pulih selepas tergendala di peringkat global

Aplikasi pemesejan popular alami gangguan terima, hantar mesej

WASHINGTON, 2 Muharam 1445H, Khamis – Meta Platforms (Meta) sudah memulihkan isu ketersambungan WhatsApp selepas ribuan pengguna secara global melaporkan masalah mengakses aplikasi pemesejan itu pada Rabu.

Perkara itu berdasarkan laman web DownDetector.

“Kami kembali, selamat berbual!” demikian hantaran akaun Twitter WhatsApp.

Sebelum ini, syarikat itu berkata, ia mengalami gangguan menerima mesej masuk dan penghantaran mesej di WhatsApp.

Menurut Downdetector – yang menjejaki gangguan dengan menyusun laporan status daripada beberapa sumber termasuk ralat yang diserahkan pengguna pada platform itu – ada masanya, terdapat lebih daripada 37,000 insiden pengguna di Amerika Syarikat melaporkan isu dengan perkhidmatan pemesejan.

Sementara itu, lebih 177,000 pengguna melaporkan masalah dengan WhatsApp di United Kingdom dan hampir 15,000 berkata, mereka menghadapi masalah ketika menggunakan aplikasi pemesejan di India. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button