Berita UtamaDunia

Pelabuhan Crotia pengganti Laut Hitam untuk eksport bijirin Ukraine

Guna pelabuhan Croatia di Sanube dan Laut Adriatik

KYIV, 15 Muharam 1445H, Rabu – Pelabuhan Croatia akan digunakan untuk mengeksport bijirin Ukraine tidak lama lagi.

Menteri Luar Ukraine, Dmitry Kuleba mengumumkan berita gembira itu selepas rundingan dengan Menteri Luar Croatia dan pegawai Hal Ehwal Eropah, Gordan Crlic-Radman yang baharu tiba di Kyive.

Bagaimanapun katanya, butiran lanjut berhubung rundingan berkenaan masih dalam perbincangan.

“Kami setuju untuk menggunakan Pelabuhan Croatia di Sanube dan Laut Adriatik bagi mengeksport bijirin Ukraine.

“Kita akan berusaha keras untuk menggunakan laluan paling cekap ini ke Pelabuhan lain dan memanfaatkan peluang ini sepenuhnya bagi menghantar bijirin dari Ukraine,” kata Kuleba.

Sementara itu, Kuleba memaklumkan, atas faktor tertentu beliau tidak boleh berkongsi butiran perbincangan berkenaan.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan terdapat perjanjian khusus yang akan dilaksanakan antara Crotia dan Ukraine. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button