Berita Utama

Kos tunai haji dijangka naik hingga 11 peratus

TH tetap teruskan Bantuan Kewangan Haji secara bersasar

BANGI, 16 Rabiulawal 1445H, Isnin – Kos menunaikan ibadah haji tahun depan dijangka naik hingga 11 peratus bagi musim 1445H/2024M.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, beberapa faktor penting mempengaruhi sehingga menyebabkan peningkatan ketara kos berkenaan termasuk situasi ekonomi semasa pasca COVID-19.

“Tabung Haji memang menjangkakan berlaku kenaikan sekitar lima hingga enam peratus sahaja.

“Namun disebabkan pandemik COVID-19, kita menjangka kenaikan yang lebih, termasuk peningkatan kadar inflasi, situasi mata wang semasa.

“Arab Saudi juga menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT) sekitar lima hingga enam peratus selain melakukan perubahan pada sistem mereka termasuk bagi permohonan visa dan ini semua mempengaruhi kenaikan kos,” katanya seperti dilapor portal tempatan, hari ini.

Bagaimanapun, Mohd. Na’im berkata, TH akan tetap meneruskan Bantuan Kewangan Haji secara bersasar bagi mengurangkan beban jemaah haji golongan B40 dan M40.

Tahun lalu, TH memperuntukkan RM265 juta bagi kegunaan Bantuan Kewangan.

Bagaimanapun, pihaknya mengalu-alukan sekiranya bakal-bakal haji akan datang memenuhi konsep ‘istito’ah atau berkemampuan.

“Melihat kepada jumlah perbelanjaan besar yang perlu ditanggung oleh Tabung Haji, ‘istito’ah’ amat dialu-alukan atas kesedaran untuk membuat bayaran penuh kos haji.

“Ini bagi membolehkan TH menumpukan bantuan kewangan kepada golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button