Artikel Khas

Firasat Asy Syahid Syeikh Ahmad Yasin mengenai kehancuran Israel

Percaturan politik antarabangsa kini sedang ditentukan rakyat Palestin

SAYA pernah menulis tentang firasat dan ramalan Asy Syahid Syeikh Ahmad Yasin bahawa Israel akan ‘pupus’ melalui tangan-tangannya sendiri pada tahun 2027.

Ulasan penuh mengenai perkara ini pernah saya muat naik pada tahun 2021 dan boleh dibaca pada pautan berikut:

https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/4246147282075916

Operasi Taufan Al Quds 2023 yang dilancarkan oleh Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan para pejuang Palestin yang lain pada pandangan saya adalah satu langkah besar-besaran untuk menzahirkan kebenaran firasat pemimpin besar perjuangan rakyat Palestin ini.

Serangan mengejut yang menggemparkan seluruh rakyat rejim penjajah itu dan para pemimpin tenteranya hanyalah pukulan pertama.

Realiti kehancuran rejim penjajah itu telah dibayangkan secara tersirat oleh seorang penganalisis politik veteran Israel, Meron Rapoport di dalam satu kenyataan kepada portal media Middle East Eye bertarikh 7 Oktober 2023.

(Sumber: https://www.middleeasteye.net/…/israel-palestinian…)

Perkembangan terbaru ini juga merupakan satu tamparan keras yang menyakitkan ke atas negara-negara Arab/Islam yang telah mengkhianati perjuangan membebaskan bumi Palestin dan Masjid Al Aqsa dengan menjalinkan proses normalisasi, menghidupkan hubungan diplomatik dan mengiktiraf kewujudan entiti haram Israel.

Perubahan status geo-politik Timur Tengah dan percaturan politik antarabangsa kini sedang ditentukan oleh rakyat Palestin.

Dan perjuangan suci ini disokong oleh umat Islam di seluruh dunia.

Mohd Luttfi Abdul Khalid
Penasihat Persatuan Ikatan Sivil Dan Syariah Malaysia (iPeguam)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button