Berita UtamaDunia

Hospital di Gaza hanya mampu terima kes kecemasan

Semua jabatan lain terpaksa tutup bagi jimat bekalan bahan api

GAZA, 11 Rabiulakhir 1445H, Khamis – Hospital Semenanjung Gaza hanya menerima kes kecemasan di tengah-tengah kebimbangan kehabisan bekalan bahan api di seluruh wilayah terkepung itu.

Wakil di hospital utama di Khan Younis, Rushi Abu Alouf berkata, semua jabatan lain di hospital wilayah itu telah ditutup kecuali jabatan kecemasan.

Katanya, langkah itu bagi menjimatkan bahan api yang diperlukan untuk menghidupkan peralatan menyelamatkan nyawa seperti ventilator, inkubator neonatal dan mesin dialisis.

Sementara itu, Pengarah Hospital Al-Shifa, Dr Mohammed Abu Selmeya berkata, hospital kini berada dalam keadaan kritikal.

Semua kemudahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga dipenuhi kira-kira 600,000 penduduk Palestin yang kehilangan tempat berlindung.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan melaporkan lebih 700 penduduk Gaza syahid dalam serangan udara bagi tempoh dua hari berturut-turut.

Pengganas Israel menyasarkan pejuang Hamas, kediaman dan infrastruktur awam.

Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Richard Peeperkorn sebelum ini memberitahu BBC, hospital yang dibantu agensi PBB menjalankan penjana pada tahap minimum hanya untuk operasi menyelamatkan nyawa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button