Dunia

Wanita hamil dijangkiti COVID-19 lebih berisiko maut

Kajian dedah bayi dijangkiti wabak cenderung lahir pramatang

LONDON, 13 Ramadan 1442H, Ahad – Kajian baharu mendedahkan wanita hamil yang dijangkiti COVID-19 berdepan risiko kematian lebih tinggi berbanding pesakit lain. 

Analisis oleh sepasukan saintis antarabangsa dari Universiti Oxford mendapati, wanita hamil yang dijangkiti COVID-19 turut cenderung berdepan kematian bayi mereka akibat jangkitan virus itu. 

“Wanita yang diagnosis COVID-19 berisiko kematian lebih tinggi berbanding biasa. Bayi baru lahir yang dijangkiti juga mempunyai indeks kematian lebih tinggi berbanding bayi yang lahir tanpa COVID-19.

“Kajian menunjukkan hubungan yang konsisten antara individu hamil yang dijangkiti COVID-19 dan kadar kesan buruk lebih tinggi. 

“Ini termasuk kematian ibu, pra-eklampsia dan kelahiran pramatang berbanding individu hamil yang tidak dijangkiti,” kata kajian. 

Sebanyak 2,130 wanita hamil di 18 negara, termasuk United Kingdom, Perancis, Itali dan Amerika Syarikat di kesan di 43 hospital antara Mac dan Oktober 2020. 

Dalam tempoh itu, 706 wanita telah dijangkiti virus, dengan 11 daripadanya meninggal ketika hamil, sementara 1,424 lagi bebas jangkitan. 

Katanya, wanita terbabit mempunyai 76 peratus risiko lebih tinggi untuk mendapat pra-eklampsia, iaitu tekanan darah tinggi meningkat. Sementara, 59 peratus juga lebih cenderung melahirkan bayi pramatang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button