Pejuang di Gaza rampas dron milik pengganas Israel
Israel serang Palestin setelah pertempuran di pintu gerbang Damsyik

TEL AVIV, 17 Ramadan 1442H, Khamis – Salah satu dron milik rejim pengganas Israel jatuh di utara Gaza ketika melakukan operasi rutin di kawasan itu.
Jurucakap Israel, Avichay Adraee mengesahkan, perkara itu dalam satu kenyataan di laman Twitter sambil menambah kononnya tiada apa perlu dibimbangkan mengenai perkara berkenaan.
Sementara itu, kumpulan pejuang di Gaza yang enggan nama didedahkan mendakwa, pihaknya telah merampas dron terbabit namun tidak memberi sebarang keterangan lanjut.
Gaza menyaksikan peningkatan ketenteraan sejak Jumaat di mana roket ke Israel telah dilancarkan, sementara rejim Zionis pula menyasarkan beberapa lokasi Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).
Perkara itu muncul setelah rejim pengganas Israel menghalang warga Palestin berkumpul di kawasan pintu gerbang Damsyik di Bandar Lama Baitulmaqdis, sebelum berlakunya pertempuran.
Isnin lalu, Kabinet Keselamatan Israel memberi kuasa kepada pemimpin tertingginya, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Benny Gantz untuk melakukan serangan ke atas Gaza. – Agensi