Berita UtamaDunia

Calon pengganti Netanyahu ekstrem terhadap Palestin

Tiada beza siapa perintah, sejarah tunjuk semua bermusuhan dalam hal hak rakyat Palestin

GAZA, 23 Syawal 1442H, Jumaat – Kebanyakan penduduk di Tebing Barat yang diduduki dan Gaza menolak perubahan dalam pemerintahan Israel, dengan mengatakan pemimpin nasionalis yang akan menggantikan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkemungkinan akan meneruskan agenda sayap kanan yang sama.

Wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Bassem al-Salhi berkata, bahawa calon perdana menteri tidak kurang ekstrem daripada Netanyahu.

“Dia akan memastikan untuk menyatakan betapa ekstremnya dia dalam kerajaan,” katanya.

Sementara Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menegaskan, tidak ada bezanya siapa yang memerintah negara haram Israel.

“Rakyat Palestin telah melihat puluhan kerajaan Israel sepanjang sejarah, kanan, kiri, tengah seperti yang mereka sebut.

“Tetapi mereka semua bermusuhan dalam hal hak-hak rakyat Palestin,” kata jurucakap Hazem Qassem.

Rabu lalu, pemimpin pembangkang Israel mengumumkan telah mencapai kesepakatan untuk membentuk kerajaan gabungan yang akan mengakhiri pemerintahan 12 tahun Netanyahu.

Kenyataan Yair Lapid dan Naftali Bennett itu dibuat kira-kira 30 minit sebelum tarikh akhir untuk pembentukan kerajaan baharu selepas pilihan raya 23 Mac.

Di bawah kesepakatan itu, jawatan perdana menteri akan disandang secara bergilir dengan didahului Bennett yang menerajui parti Yamina. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button