Berita UtamaDunia

Palestin kecam kelulusan Israel bina 3,000 penempatan haram

Hamas gesa pihak antarabangsa hentikan pendudukan Israel

BAITULMAQDIS, 21 Rabiulawal 1443H, Khamis – Rakyat Palestin mengecam kelulusan negara pengganas Israel terhadap kira-kira 3,000 rumah peneroka haram baru di Tebing Barat yang diduduki.

Pegawai pertahanan Israel berkata, forum perancangan pejabat perhubungan Israel dengan Palestin memberi kelulusan awal untuk membina 1,344 unit rumah dan langkah terakhirnya untuk projek membina 1,800 rumah, lapor Reuters hari ini.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Israel, Peace Now turut mengesahkan kelulusan tersebut.

Kelulusan itu bertentangan dengan kritikan hebat oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sehingga kini terhadap projek itu.

Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas meminta masyarakat antarabangsa untuk mengambil ‘pendirian tegas’ terhadap keputusan Israel ini.

Penempatan di wilayah Palestin yang diduduki dianggap sebagai haram di bawah undang-undang antarabangsa dan oleh kebanyakan masyarakat antarabangsa.

Bagaimanapun, kerajaan Israel terus mengembangkannya, menjadikan penyelesaian dua negara yang disokong antarabangsa semakin mustahil.

Sementara itu, jurucakap Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Hazem Qassem memberitahu Al Jazeera bahawa ‘kelulusan itu mengesahkan tingkah laku pengembangan penempatan yang wujud dalam semua kerajaan Zionis’.

“Kami menggesa Pihak Berkuasa Palestin dan semua pihak antarabangsa untuk mengambil tindakan dan menghentikan pendudukan Israel daripada pembesaran penempatan haram di tanah kami,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button