Berita Utama

Pemandu mabuk rempuh kedai perabot, mangsa parah tak sedarkan diri

Pemandu kenderaan hanya cedera ringan, diserahkan pada polis

AMPANG, 16 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Seorang pekerja kedai perabot parah selepas premis di Jalan Kampung Pasir dirempuh sebuah kereta dipercayai dipandu pemandu mabuk.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Preve dipandu lelaki berusia 36 tahun merempuh kedai berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.15 petang.

“Ketika kejadian terdapat seorang pekerja di kedai berkenaan dan kini berada dalam keadaan parah akibat rempuhan itu,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Menurut beliau, pemandu kenderaan itu pula hanya mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) memberi bantuan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut.

“Mangsa didapati tidak sedarkan diri. Rempuhan itu turut mengakibatkan struktur kedai rosak,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button