Berita Utama

AP gandum dibatalkan

AG nasihat Kabinet guna Akta 122 jika ada unsur sabotaj bekalan ayam

BANGI, 22 Syawal 1443H, Isnin – Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menasihatkan Kabinet untuk mengguna pakai Penguatkuasaan Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), jika terdapat sebarang aktiviti menyorok, menyimpan atau unsur-unsur sabotaj terhadap bekalan ayam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan boleh diambil mengikut akta berkenaan dan lesen mereka juga boleh dibatalkan serta-merta.

Beliau berkata, kerajaan meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan pemantauan, pemeriksaan serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar Akta 122 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Katanya, akta itu memperuntukkan denda tidak melebihi RM1 juta atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu dan denda tidak melebihi RM2 juta bagi perbadanan atau syarikat.

“Sementara itu, susulan daripada pengumuman saya sebelum ini berkaitan pemansuhan AP bahan makanan, Kabinet hari ini juga bersetuju supaya AP gandum dibatalkan.

“Semua kementerian juga bersetuju supaya AP barangan lain yang boleh dimansuhkan untuk menjaga kepentingan pengguna Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjejaskan kehidupan rakyat.

“Saya memohon Keluarga Malaysia menyokong tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan ini demi menjaga kepentingan rakyat yang terhimpit peningkatan harga dan kos sara hidup serta kekurangan bekalan,” katanya.

Berita berkaitan;

Kerajaan siasat dakwaan wujud kartel kawal harga ayam

Kerajaan siasat dakwaan wujud kartel kawal harga ayam

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button